Ahad, 23 Julai 2017

KES PUKAU RM1400

Kuala Lumpur- Pada 22 Julai 2017(Sabtu), seorang pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics(KTAC) dipukau di stesen Terminal Bersepadu Selatan(TBS) selepas menemani rakannya.


Mangsa tersebut (nama tidak dinyatakan atas sebab tertentu mangsa) berumur 19 tahun berkata, “Saya dipukau semasa saya berjumpa dengan suspek tersebut yang bernama Ali Hafiz, mungkin saya dipukau dari segi kata-kata suspek tersebut. Saya juga tidak tahu mengapa saya asyik menurut sahaja arahan suspek pada masa itu. Kemungkinan saya dipukau oleh ayat-ayat suspek tersebut.”


Kata mangsa lagi, “Suspek itu merperkenalkan dirinya dengan namanya Ali Hafiz. Hafiz memperdayakan saya dengan berkata pada saya yang dia baru sampai di TBS dari lapangan terbang Senai, katanya ada peperiksaan di Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Suspek juga ada berkata yang dia ingin cepat bergegas semula ke lapangan terbang Senai kerana terlupa dompet dan bagasinya tertinggal di sana dan dia ingin membeli emergency tiket. Suspek berkata pada saya ingin meminta RM1300 pada awalnya kerana emergency tiket adalah mahal. Suspek juga ada berkata yang beliau berasal dari Madinah.”


Mangsa juga berkata, “Suspek menyuruh saya mengikut dia ke stesen LRT Hang Tuah, dan menyuruh saya mengeluarkan duit dari mesin ATM CIMB. Semasa di dalam LRT kami berborak dan suspek juga ada bertanyakan sebanyak mana wang saya ada dalam akaun CIMB dan saya memeriksa baki wang saya di aplikasi CIMB Clicks dan saya berkata saya mempunyai sebanyak RM1598.90. Suspek juga ada bertanya berapa wang yang saya ada dalam dompet, dan saya berkata bawah RM10. Memang pada masa itu saya mempunyai bawah RM10. Kemudian, Hafiz berkata ingin meminta RM1400 pula kerana untuk bayaran pengangkutan teksi pergi ke lapangan terbang berhampiran, kemungkinan lapangan terbang Subang.”


Kata mangsa lagi, “Suspek menyuruh saya untuk mencatat nombor telefon yang diberikan oleh suspek tersebut dan mengambil gambar dia. Suspek juga ada berkata yang dia ingin membayar semula wang tersebut pada hari yang sama sebelum pukul 6.00pm atau 7.00pm. Semasa di stesen LRT Hang Tuah, saya mengeluarkan duit dari mesin ATM CIMB sebanyak RM1400, kemudian tanpa saya sedar, saya memberikan wang kepada suspek tersebut di kaki lima stesen LRT Hang Tuah. Selepas itu, dia menahan sebuah kereta teksi Proton Exora atau Perodua Alza, lalu suspek tersebut pergi begitu sahaja. Apabila saya tiba di rumah, baru saya sedari yang saya dipukau. Saya juga ada menelefon suspek tersebut, namun panggilan tidak diangkat semasa sebelum pukul 7.00pm. Selepas pukul 8.00pm, saya menelefon suspek itu lagi, tetapi telefon saya menunjukkan ‘Line Busy’. Setiap jam juga saya menelefon dan benda yang sama dipaparkan. Pada esok harinya, nombor telefon tersebut tidak dapat dihubungi.”


Mangsa mengatakan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kes ini masih dalam siasatan polis.


Gambar di atas adalah suspek (Ali Hafiz) yang dikehendaki.


Gambar di atas adalah nombor telefon yang diberikan oleh suspek kepada mangsa.


Gambar di atas adalah laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


TOLONG VIRALKAN KES INI SUPAYA DIA TIDAK MENIPU ORANG LAIN. JIKA TERJUMPA, MOHON TANGKAP DAN TELEFON BALAI POLIS BERDEKATAN.